18 October 2013

PAMERAN APRESIASI SENI VISUAL PELAJAR-PELAJAR STPM 2013

PENDAHULUAN

Berdasarkan keperluan Peperiksaan STPM mengikut sistem modular yang baharu, Mata Pelajaran Seni Visual diarahkan perlu menyiapkan kerja kursus Seni Visual (970/3) berlandaskan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Calon peperiksaan perlu menyiapkan kerja kursus semasa Semester III iaitu dari bulan Jun hingga September , mengikut arahan daripada pihak MPM tahun semasa. Kemuncak PBS Seni Visual ialah calon perlu memperagakan karya dalam sebuah pameran yang akan diuruskan sendiri oleh calon-calon pada semester itu.

RASIONAL
Bersesuaian dengan kehendak peperiksaan STPM khususnya Mata Pelajaran Seni Visual (970/3), satu pameran seni visual akan dilaksanakan. Berlatar belakangkan Tema Kerja Kursus ‘BANDAR BERSIH, PENDUDUK SIHAT’ dengan menggunakan media cat air dan juga model landskap untuk kawasan Rawat dan Rehat.
MATLAMAT
Perlaksanaan pameran ini memberi ruang dan peluang untuk calon peperiksaan STPM Seni Visual untuk menguruskan Majlis Perasmian Pameran Seni Visual secara protokol dan sistematik.
OBJEKTIF

a)Memberi pendedahan kepada pelajar proses prosedur kerja sebelum sesebuah pameran seni diadakan.
b)Memupuk semangat bekerjasama dan berkerja dalam satu pasukan.
c)Memperagakan karya masing-masing dalam pameran tersebut.
d)Berhubung dan membuat apresiasi seni secara dekat dengan audien semasa pameran berlangsung.
e)Memupuk dan menghargai hasil karya seni visual.

f)Memberi inspirasi kepada pelajar untuk terus berkarya pada masa akan datang.




No comments:

Post a comment