19 August 2013

PELANCARAN PROGRAM BULAN PATRIOTIK 2013

PENDAHULUAN:
Bulan Patriotik disambut setiap tahun di peringkat sekolah. Sambutan ini merupakan satu kemestian bagi menyemarakkan semangat rakyat untuk mengekalkan kemerdekaan. Sebagai memenuhi tuntutan ini, Program Bulan Patriotik bertujuan untuk merealisasikan visi mendaulatkan kemerdekaan terus berkekalan di samping memberi peluang kepada warga sekolah memperingati hari kemerdekaan negara.

MATLAMAT:
Program Bulan Patriotik dianjurkan untuk menggalakkan generasi muda khususnya pelajar sekolah untuk menghayati sejarah perjuangan kemerdekaan di samping membentuk mereka menjadi bangsa yang berani, tegas, dihormati dan berkerjasama serta mempunyai komitmen yang tinggi.

OBJEKTIF:

  1. Menanam semangat patriotisme yang tinggi di kalangan pelajar
  2. Melahirkan generasi yang mempunyai rasa cinta yang mendalam kepada negara dan mempunyai jati diri yang jitu.
  3. Menanam rasa keinsafan tentang perjuangan negarawan terdahulu dalam menuntut kemerdekaan.
TARIKH PELAKSANAAN:
1 Ogos - 18 September 2013

PELANCARAN KIBARKAN JALUR GEMILANG



NYANYIAN LAGU-LAGU PATRIOTIK