20 September 2013

MAJLIS RESTU PELAJAR-PELAJAR PMR, SPM DAN STPM 2013



PENDAHULUAN:
Program Majlis Restu ini diadakan oleh pihak sekolah pada setiap tahun khusus untuk semua murid tingkatan 3, 5 dan 6 Atas yang akan menghadapi peperiksaan PMR, SPM dan STPM pada tahun 2013. Program ini akan dihadiri oleh barisan pentadbir, guru-guru dan murid-murid sekolah sebagai tanda restu, penghargaan serta harapan daripada pihak sekolah supaya murid-murid beroleh kejayaan yang diberkati dan dirahmati untuk mereka.

RASIONAL:
2.1  Mewujudkan suasana ‘rapport’ dan mesra antara guru dan murid-murid SMK Dato Hamzah.
2.2  Menunjukkan acara simbolik sebagai tanda restupenghargaan dan harapan para guru kepada murid.
2.3  Memberi kekuatan dalaman pada diri murid bahawa ada  pihak yang mendorong mereka untuk            
        menjadi modal insan yang cemerlang.

OBJEKTIF:
3.1  Murid-murid merasakan dirinya dihargai, direstui dan disayangi oleh semua pihak terutama dalam 
        kalangan para pendidik di SMK Dato Hamzah.
3.2  Murid-murid akan lebih bermotivasi, berketrampilan dan  berwawasan untuk menghadapi 
        peperiksaan dengan penuh kesungguhan dan keyakinan yang jitu.
3.3  Murid-murid sentiasa berada dalam situasi yakin dan  bersedia sepanjang tempoh peperiksaan yang 
       akan dihadapinya.






No comments:

Post a Comment