1 July 2013

ENGLISH FUN CAMP DAERAH KLANG

Tarikh : 22 Jun 2013
Tema : “PERSEKITARAN KONDUSIF  PENEGUHAN 
        PEMBELAJARAN KREATIF”

1.       PENDAHULUAN
Usaha memperkukuh penguasaan  Bahasa Inggeris dalam kalangan murid di sekolah merupakan langkah bijak yang perlu direalisasikan demi menjamin pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan.  Oleh itu, Jabatan Pelajaran negeri Selangor telah mengambil inisiatif menyediakan modul program Perkhemahan Bahasa Inggeris tahun 2013 bagi membantu -guru melaksanakan program ini di sekolah. Hal Ini adalah sejajar dengan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) oleh  Kementerian Pelajaran Malaysia.  Oleh itu, pihak Pejabat Pelajaran Daerah Klang bersama-sama Panitia Bahasa Inggeris SMK Dato Hamzah telah berusaha untuk menjayakan program ini dibantu oleh guru-guru dari sekolah-sekolah yang mengambil bahagian.

2.       OBJEKTIF
Perkhemahan Bahasa Inggeris ini diharapkan akan berupaya :
  • Memupuk penguasaan  Bahasa Inggeris yang sempurna dengan penggunaan kosa kata dan tatabahasa yang betul dan tepat
  • Menjana minda murid supaya lebih positif, kritis, kreatif serta aktif melalui persekitaran yang kondusif dan berinformatif dalam Bahasa Inggeris
  • Menggalakkan dan mewujudkan kerjasama dan perkongsian ide dan informasi secara kolaboratif dalam kalangan para peserta dari pelbagai latar sosial
  • Menggalakkan para peserta menggunakan Bahasa Inggeris dalam perbualan dan aktiviti harian sebagai usaha ke arah memperkukuhkan Bahasa Inggeris untuk tujuan globalisasi serta kecemerlangan dalam peperiksaan.

3.       NAMA PESERTA
Sekolah-sekolah yang mengambil bahagian terdiri daripada sekolah-sekolah di dalam Zon Pelabuhan Klang iaitu:
3.1     SMK Dato Hamzah
3.2     SMK Tengku Ampuan Jemaah
3.3     SMK Raja Zarina
3.4     SMK Pandamaran Jaya
3.5     SMK Bandar Baru Sultan Sulaiman
3.6     SMK Raja Lumu
3.7     SMK PUlau Ketam
3.8     SMK PUlau Indah

Semua sekolah di atas telah menghantar peserta yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 4 dan pelajar Tingkatan 5 sebanyak 10 orang bersama seorang guru pengiring.  Bayaran yang telah dikenakan adalah sebayak RM10 bagi setiap sekolah yang mengambil bahagian.

4.       PERJALANAN PROGRAM
Program bermula dengan pendaftaran peserta  oleh semua sekolah yang mengambil bahagian pada pukul 7.30 pagi.  Kemudian peserta-peserta ini telah mengikuti ‘Ice breaking’ untuk mengenali antara satu sama lain.  Aktiviti telah dijalankan oleh kaunselor sekolah iaitu Encik Mohd Surani bin Shaari.  Beliau telah meminta setiap kumpulan menyediakan nama dan cogan kata untuk kumpulan mereka. 

Program berhenti rehat seketika untuk sarapan pagi.  Peserta-peserta dan guru-guru telah menikmati sarapan nasi lemak bersama air teh.

Program diteruskan pada pukul 10.00 pagi.  Setiausaha program telah memberi beberapa penerangan sebelum aktiviti bermula.  Setiap aktiviti dijalankan selama 25 minit mengikut stesen-stesen yang telah ditetapkan.

Program diteruskan dengan peserta diminta untuk menyediakan persembahan “Oh MY English” yang akan dipersembahkan selepas rehat nanti.  Peserta berhenti rehat untuk makan tengah hari dan solat pada jam 1.00 petang.







Persembahan Sketsa “Oh My English” bermula pada jam 2.15 petang.  Persembahan diadili oleh beberapa orang guru berdasarkan kreativiti, penggunaan bahasa Inggeris dalam perbualan dan kerjasama antara peserta kumpulan. Setiap kumpulan telah diberi satu tajuk pilihan untuk aktiviti sketsa.  Aktiviti telah dimulai oleh kumpulan merah - Family, kuning – The Company, merah jambu – Parental Love, kumpulan tidak berwarna - Honesty, hijau – Pay Attention , biru laut – Smoking, biru – English is Fun  , ungu – Share Your Knowledge  , hitam – Respect Your Teacher , dan  hijau muda – Famous Sponge Bob.  Peserta begitu teruja semasa menjalankan aktiviti ini. 

Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah bermula pada jam 3.30 petang dan dirasmikan oleh Puan Rohana bt Abdul Rahman (Penolong PPD BI (Men) Daerah Klang).  Majlis telah berakhir pada jam 3.50 petang.

5.       LAPORAN AKTIVITI
a)      Writing Skills (chain story) / Kemahiran Menulis
Peserta diminta untuk menyambung 3 cerita bermula dengan ayat ‘As I was walking to school...’, ‘It was a dark and stormy night...’ dan ‘It was supposed to be a surprised party...’.  Peserta diminta untuk menulis sambungan cerita-cerita ini.  Aktiviti ini dijalankan di bawah pengawasan guru-guru dari SMK TAJ dan SMK (P) Raja Zarina.

b)     Dictionary Skills / Kemahiran Menggunakan Kamus
Pesera diminta untuk melengkapkan teka silang kata/crossword puzzle yang diberikan.  Perkataan-perkataan yang tidak difahami dan ejaan perkatan itu boleh dirujuk kepada kamus-kamus dwibahasa yang disediakan.    Aktiviti ini dijalankan di bawah pengawasan guru-guru dari SMKRL dan SMKPJ.

c)      You Light Up My Life / Kemahiran Menyanyi dan Melengkapkan Lirik
Peserta diminta untuk mendengar lagu ‘Season in the Sun’ dan melengkapkan lirik-lirik yang kosong.  Peserta hanya dibenarkan untuk mendengar lagu itu sebanyak 2 kali.  Kemudian, peserta diminta untuk menyanyikan lagu itu bersama-sama, menjawab soalan pemahaman yang diberi dan menulis ringkasan lagu.  Aktiviti ini dijalankan di bawah pengawasan guru-guru dari SMKDH.

d)      Advertisement On the Go / Kemhiran Mencipta Iklan
Peserta diminta untuk membuat iklan ‘Newspaper in Education’ dari bahan-bahan yang dipotong dari suratkhabar STAR.  Tema iklan ialah The Importance of English.  Aktiviti dinilai daripada kekemasan kerja, kerjasama antara peserta dan ketepatan tema.  Aktiviti ini dijalankan di bawah pengawasan guru-guru dari SMKPK dan SMKPI.

e)      Jigsaw Reading / Kemahiran Membaca Keratan Petikan
Peserta diminta untuk membaca petikan yang telah dipotong kepada beberapa bahagian.  Selepas membaca keratan petikan, peserta diminta untuk menyusun keratan-keratan petikan itu mengikut susunan yang betul.  Semasa pembacaan, peserta dinilai berdasarkan sebutan ‘...es’ dan ‘...ed’ mereka.  Aktiviti ini dijalankan di bawah pengawasan guru-guru dari SMKBBSS dan SMKDH.

6.       KEPUTUSAN PROGRAM
Johan                                                  –  Kumpulan The Excellant         
Naib Johan                                          –  Kumpulan Legion
Ketiga                                                 –  Kumpulan The Blues
Kumpulan Terbaik                               – Kumpulan The Pinky 
Persembahan Sketsa Terbaik               – Kumpulan Navy Blue

No comments:

Post a comment