1 April 2011

Hanya sekadar luahan hati...

Jangan samakan kerjayaku dgn kerjaya org lain...
Aku seorang ‘GURU’. Aku tak punya pejabat sendiri walaupun status kerja ku sebagai seorang ‘pegawai’. Kerjaya ku di anggap lekeh kerana tempatnya adalah di sekolah . Suara serta tindak tanduk ku adakalanya di pertikai hanya kerana aku seorang guru.Tahukah mereka aku juga punya ijazah. Tahukah mereka aku juga punya kelayakan.
Kerjaya guru perlukan pengorbanan. Guru juga perlu terus kuat bertahan. Keikhlasan perlu bertunjang dihati, agar tugas dapat berjalan dengan lancar. Aku tak punya elaun tambahan untuk kerja lebih masa walaupun jerih keringat ku di perah hingga melebihi waktu yang sepatutnya. Kerja ku bukan sekadar mengajar, tetapi memantau kenakalan anak2 mereka. Tugas ku bukan sekadar menyampaikan ilmu tetapi juga memberi kasih sayang serta perhatian.
Jadi jangan samakan kerjaya ku dengan kerjaya org lain kerana hanya mereka yang melalui akan memahami apa yang di maksudkan dengan kerjaya seorang GURU.

No comments:

Post a Comment