31 March 2011

Berhenti salahkan...

Assalammualaikum... 
Tak pandai menari salahkan papan jongkang-jongkit... (pepatah Melayu)

Terpesona dalam keindahan dunia, menghanyutkan. Tarikan itu melalaikan tapi sangat mengasyikkan. Indahnya terzahir di mata, namun terkesankah di jiwa? Sayang... ilmu yang diberi bagai mencurah air ke daun keladi, airnya habis basahnya tiada. 

Bila si gadis lari ikut kekasih, orang kata mak ayah 
tak mendidik. 
Bila si pelajar jadi kaki buli, orang kata cikgu 
tak mengajar.
Bila masalah sosial berleluasa, orang kata kerajaan tak ambil peduli.
Macam-macam... 

Hakikatnya, kita memang bijak menyalahkan orang lain atau benda lain.
 Mengaku silap sendiri? Huh! Jauh panggang dari api. Cacat orang lain lebih jelas di mata daripada cacat sendiri. Bila kita bertanya... 

*Kenapa remaja  sekarang ramai yang hanyut?
 
Percayalah, walau apapun bentuk soalan yang diberi, pasti jawapan kebanyakan daripada kita hanya 1, iaitu...
 "Propaganda bar
at". 

Nampak 
tak? Sekali lagi kita menyalahkan orang lain. Kita menyalahkan barat kerana mewujudkan budaya-budaya & trend pelik; kita salahkan barat kerana memonopoli ekonomi hingga negara Islam sukar untuk maju; kita salahkan barat untuk itu dan ini...
Kenapa kita tak salahkan diri sendiri?
*Kita tak maju sebab kita malas berusaha, cuma duduk menanti bantuan saja - hanyut dalam angan-angan. 
*Kita porak peranda sebab kita tak bersatu, terlalu mementingkan diri sendiri - tak ada sifat kemasyarakatan.
 
*Kita hanyut kerana tiada (atau kurang) penghayatan agama, lemah jati diri, kurang moral - Islam hanya pada nama.
 

No comments:

Post a Comment