Tema : “PERSEKITARAN KONDUSIF PENEGUHAN
PEMBELAJARAN
KREATIF”
1.
PENDAHULUAN
Usaha memperkukuh penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid di
sekolah merupakan langkah bijak yang perlu direalisasikan demi menjamin
pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan.
Oleh itu, Jabatan Pelajaran negeri Selangor telah mengambil inisiatif
menyediakan modul program Perkhemahan Bahasa Inggeris tahun 2013 bagi membantu -guru
melaksanakan program ini di sekolah. Hal Ini adalah sejajar dengan dasar
Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Oleh itu, pihak Pejabat Pelajaran Daerah Klang
bersama-sama Panitia Bahasa Inggeris SMK Dato Hamzah telah berusaha untuk
menjayakan program ini dibantu oleh guru-guru dari sekolah-sekolah yang
mengambil bahagian.
2.
OBJEKTIF
Perkhemahan Bahasa Inggeris ini diharapkan
akan berupaya :
- Memupuk
penguasaan Bahasa Inggeris yang
sempurna dengan penggunaan kosa kata dan tatabahasa yang betul dan tepat
- Menjana
minda murid supaya lebih positif, kritis, kreatif serta aktif melalui
persekitaran yang kondusif dan berinformatif dalam Bahasa Inggeris
- Menggalakkan
dan mewujudkan kerjasama dan perkongsian ide dan informasi secara
kolaboratif dalam kalangan para peserta dari pelbagai latar sosial
- Menggalakkan
para peserta menggunakan Bahasa Inggeris dalam perbualan dan aktiviti
harian sebagai usaha ke arah memperkukuhkan Bahasa Inggeris untuk tujuan
globalisasi serta kecemerlangan dalam peperiksaan.
3. NAMA PESERTA
Sekolah-sekolah
yang mengambil bahagian terdiri daripada sekolah-sekolah di dalam Zon Pelabuhan
Klang iaitu:
3.1 SMK Dato Hamzah
3.2 SMK Tengku Ampuan Jemaah
3.3 SMK Raja Zarina
3.4 SMK Pandamaran Jaya
3.5 SMK Bandar Baru Sultan Sulaiman
3.6 SMK Raja Lumu
3.7 SMK PUlau Ketam
3.8 SMK PUlau Indah
Semua sekolah di atas telah menghantar peserta yang terdiri daripada
pelajar Tingkatan 4 dan pelajar Tingkatan 5 sebanyak 10 orang bersama seorang
guru pengiring. Bayaran yang telah
dikenakan adalah sebayak RM10 bagi setiap sekolah yang mengambil bahagian.
4.
PERJALANAN PROGRAM
Program bermula dengan pendaftaran peserta oleh semua sekolah yang mengambil bahagian
pada pukul 7.30 pagi. Kemudian
peserta-peserta ini telah mengikuti ‘Ice breaking’ untuk mengenali antara satu
sama lain. Aktiviti telah dijalankan
oleh kaunselor sekolah iaitu Encik Mohd Surani bin Shaari. Beliau telah meminta setiap kumpulan menyediakan
nama dan cogan kata untuk kumpulan mereka.
Program berhenti rehat seketika untuk sarapan pagi. Peserta-peserta dan guru-guru telah menikmati
sarapan nasi lemak bersama air teh.
Program diteruskan pada pukul 10.00 pagi. Setiausaha program telah memberi beberapa
penerangan sebelum aktiviti bermula.
Setiap aktiviti dijalankan selama 25 minit mengikut stesen-stesen yang
telah ditetapkan.
Program diteruskan dengan peserta diminta untuk menyediakan
persembahan “Oh MY English” yang akan
dipersembahkan selepas rehat nanti.
Peserta berhenti rehat untuk makan tengah hari dan solat pada jam 1.00
petang.
Persembahan Sketsa “Oh My
English” bermula pada jam 2.15 petang.
Persembahan diadili oleh beberapa orang guru berdasarkan kreativiti,
penggunaan bahasa Inggeris dalam perbualan dan kerjasama antara peserta
kumpulan. Setiap kumpulan telah diberi satu tajuk pilihan untuk aktiviti
sketsa. Aktiviti telah dimulai oleh
kumpulan merah - Family, kuning – The Company, merah jambu – Parental Love, kumpulan tidak berwarna -
Honesty, hijau – Pay Attention , biru laut – Smoking,
biru – English is Fun , ungu – Share
Your Knowledge , hitam – Respect Your Teacher , dan hijau muda – Famous Sponge Bob. Peserta
begitu teruja semasa menjalankan aktiviti ini.
Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah bermula pada jam 3.30
petang dan dirasmikan oleh Puan Rohana bt Abdul Rahman (Penolong PPD BI (Men)
Daerah Klang). Majlis telah berakhir
pada jam 3.50 petang.
5. LAPORAN AKTIVITI
a) Writing Skills (chain story) / Kemahiran Menulis
Peserta diminta untuk
menyambung 3 cerita bermula dengan ayat ‘As
I was walking to school...’, ‘It was
a dark and stormy night...’ dan ‘It
was supposed to be a surprised party...’.
Peserta diminta untuk menulis sambungan cerita-cerita ini. Aktiviti ini dijalankan di bawah pengawasan
guru-guru dari SMK TAJ dan SMK (P) Raja Zarina.
b) Dictionary Skills / Kemahiran Menggunakan Kamus
Pesera diminta untuk melengkapkan
teka silang kata/crossword puzzle
yang diberikan. Perkataan-perkataan yang
tidak difahami dan ejaan perkatan itu boleh dirujuk kepada kamus-kamus
dwibahasa yang disediakan. Aktiviti
ini dijalankan di bawah pengawasan guru-guru dari SMKRL dan SMKPJ.
c) You Light Up My Life / Kemahiran Menyanyi dan Melengkapkan Lirik
Peserta diminta untuk
mendengar lagu ‘Season in the Sun’ dan
melengkapkan lirik-lirik yang kosong.
Peserta hanya dibenarkan untuk mendengar lagu itu sebanyak 2 kali. Kemudian, peserta diminta untuk menyanyikan
lagu itu bersama-sama, menjawab soalan pemahaman yang diberi dan menulis
ringkasan lagu. Aktiviti ini dijalankan
di bawah pengawasan guru-guru dari SMKDH.
d) Advertisement On the Go / Kemhiran Mencipta Iklan
Peserta diminta untuk
membuat iklan ‘Newspaper in Education’
dari bahan-bahan yang dipotong dari suratkhabar STAR. Tema iklan ialah The Importance of English.
Aktiviti dinilai daripada kekemasan kerja, kerjasama antara peserta dan
ketepatan tema. Aktiviti ini dijalankan
di bawah pengawasan guru-guru dari SMKPK dan SMKPI.
e) Jigsaw Reading / Kemahiran Membaca Keratan Petikan
Peserta diminta untuk
membaca petikan yang telah dipotong kepada beberapa bahagian. Selepas membaca keratan petikan, peserta
diminta untuk menyusun keratan-keratan petikan itu mengikut susunan yang
betul. Semasa pembacaan, peserta dinilai
berdasarkan sebutan ‘...es’ dan ‘...ed’ mereka. Aktiviti ini dijalankan di bawah pengawasan
guru-guru dari SMKBBSS dan SMKDH.
6. KEPUTUSAN PROGRAM
Johan – Kumpulan The Excellant
Naib Johan – Kumpulan Legion
Ketiga – Kumpulan The
Blues
Kumpulan
Terbaik – Kumpulan The
Pinky
Persembahan Sketsa Terbaik – Kumpulan Navy Blue
No comments:
Post a Comment