MERINDUI BUKU
A. Samad Said
Inilah denaj jejak seni ke hati
Puncak fikir yang indah sekali
Tanpa himpunan ilmu di kalbu buku
Kita tak sempat sampai ke mercu.
Di sini diri sentiasa di taman
Menikmati unggas dan puspa menawan
Di sinilah vista buku saraf seni
Meranum akal mematang peribadi.
Kita wajar berpesta di kalbu buku
Menghayati nikmatnya seindah kalbu
Dalama tenang waktu khusyuk di pustaka
Lebih cepat kita terasuh dewasa.
Buku adalah denyut nadi utama
Penting bagi minga waras manusia
Dan buku juga gema fakir yang sakti
Nyaman dan mesranya sebuah simfoni.
Kita memupuk insan yang luhur budi
Melalui tapisan nikmat bersemi
Dan buku memang tasik aneka ilmu
Yang perlu diselami sejujur kalbu.
Buku mengasuh diri sasa bersuara
Membaca menjadi jambatan bertuah
Kita merindui buku dan ghairah baca
Agar sentiasa canggih dan berhemah.
A. Samad Said
Ogos 2004
Dewan Sastera
No comments:
Post a Comment