Pages

23 April 2012

PROGRAM NILAM 2012

'NILAM' atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan aktiviti membaca secara berterusan yang dijalankan oleh pihak Kementerian Pelajaran dan dilaksanakan oleh sekolah-sekolah di Malaysia. Program bermula dari peringkat sekolah rendah dan diteruskan ke peringkat sekolah menengah.

Pelaksanaan NILAM mula dilaksanakan dari Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu di sekolah menengah secara rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling IKhtisas: Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.

OBJEKTIF:
Objektif program NILAM ialah supaya terbina tabiat membaca dalam kalangan murid-murid.

PELAKSANAAN
Program NILAM menggalakkan murid-murid membaca di mana jua di sekolah ataupun selepas waktu persekolahan iaitu di rumah. Walaubagaimanapun, satu masa membaca di perpustakaan atau di kelas wajar dimuatkan dalam jadual kelas, terutamanya matapelajaran bahasa (BM, BI, BC dan BT) untuk menjalankan aktiviti membaca.

Dalam  waktu ini, murid-murid akan membuat bacaan senyap dan membuat catatan secara menulis sinopsis cerita, membanding dan membeza watak, serta ulasan buku. Murid yang sudah membaca lebih daripada 100 buah buku layak dipilih sebagai Rakan Pembaca. Mereka akan dibimbing oleh guru pembimbing dan menjalankan beberapa aktiviti lain seperti bicara buku, bercerita, berbalas pantun dan membaca bersama. Pengiraan markah alan diberi untuk setiap aktiviti yang dijalankan.

MEMBACA GAYA WAWASAN

Awal suruhan ialah membaca
Menuntut ilmu disuruh budaya
Inilah teladan sepanjang masa
Gayakan hidup dengan membaca.

Apalah nama tanpa ilmu
Apalah mahkota permatanya palsu
Tanpa membaca ke manalah kita.

Jika ilmu penuh di dada
Bila bergaya dengan membaca
Dunia sempit menjadi luas
Tempah kejayaan tiada terbatas
Negara yang kecil tinggi martabat.

Mari kawan, kita membaca
Mari rakan, timba ilmu dengan membaca
Inilah perjuangan, sambutlah seruan
Jadikan Membaca Gaya Wawasan.

Everybody take a book and read
To gain knowledge, everyone has to read
Let's reach out, open up your mind
Let's make reading, a lifestyle of Wawasan.

No comments:

Post a Comment