PENDAHULUAN:
Program
Majlis Restu
ini diadakan oleh pihak
sekolah pada
setiap tahun
khusus untuk
semua murid
tingkatan 3, 5 dan 6 Atas yang akan menghadapi peperiksaan PMR, SPM dan
STPM pada tahun
2013. Program ini akan
dihadiri oleh
barisan pentadbir, guru-guru dan murid-murid sekolah sebagai tanda
restu, penghargaan serta harapan daripada pihak
sekolah supaya
murid-murid beroleh kejayaan yang diberkati dan
dirahmati untuk
mereka.
RASIONAL:
2.1 Mewujudkan suasana ‘rapport’ dan
mesra antara
guru dan murid-murid SMK Dato
Hamzah.
2.2 Menunjukkan acara
simbolik sebagai tanda restu, penghargaan dan harapan para guru kepada
murid.
2.3 Memberi kekuatan dalaman pada
diri murid
bahawa ada pihak
yang mendorong mereka
untuk
menjadi modal insan
yang cemerlang.
OBJEKTIF:
3.1 Murid-murid merasakan dirinya dihargai, direstui dan disayangi oleh
semua pihak
terutama dalam
kalangan para pendidik di SMK Dato Hamzah.
3.2 Murid-murid akan
lebih bermotivasi, berketrampilan dan berwawasan untuk
menghadapi
peperiksaan dengan penuh kesungguhan dan
keyakinan yang jitu.
3.3 Murid-murid sentiasa berada dalam
situasi yakin
dan bersedia sepanjang tempoh
peperiksaan yang
akan dihadapinya.