19 February 2013

SAJAK SEMPENA PELANCARAN PROGRAM NILAM

MERINDUI BUKU 
A. Samad Said

Inilah denaj jejak seni ke hati
Puncak fikir yang indah sekali
Tanpa himpunan ilmu di kalbu buku
Kita tak sempat sampai ke mercu.

Di sini diri sentiasa di taman
Menikmati unggas dan puspa menawan
Di sinilah vista buku saraf seni
Meranum akal mematang peribadi.

Kita wajar berpesta di kalbu buku
Menghayati nikmatnya seindah kalbu
Dalama tenang waktu khusyuk di pustaka
Lebih cepat kita terasuh dewasa.

Buku adalah denyut nadi utama
Penting bagi minga waras manusia
Dan buku juga gema fakir yang sakti
Nyaman dan mesranya sebuah simfoni.

Kita memupuk insan yang luhur budi
Melalui tapisan nikmat bersemi
Dan buku memang tasik aneka ilmu
Yang perlu diselami sejujur kalbu.

Buku mengasuh diri sasa bersuara
Membaca menjadi jambatan bertuah
Kita merindui buku dan ghairah baca
Agar sentiasa canggih dan berhemah.

A. Samad Said
Ogos 2004
Dewan Sastera

MAJLIS PELANCARAN NILAM

OBJEKTIF:

  1. Memberi peluang dan galakan kepada warga sekolah menggunakan keupayaan diri membentuk tabiat membaca.
  2. Menyerap dan menyepadukan aktiviti perogram ini dalam semua pengajaran dan pembelajaran untuk menyumbang ke arah pencapaian akademik yang cemerlang.
  3. Memupuk amalan suka membaca bagi melahirkan masyarakat berilmu.




MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH

OBJEKTIF:

  1. Membantu Guru Media dalam pengurusan Pusat Sumber.
  2. Memberi perkhidmatan kepada murid-murid yang menggunakan Pusat Sumber dengan cekap.
  3. Melaksanakan tugasan di Pusat Sumber secara berkesan.





IKRAR PENGAWAS PUSAT SUMBER

Bahawasanya kami
Pengawas Pusat Sumber SMK Dato Hamzah
akan memikul tugas yang diamanahkan
dengan penuh ikhlas dan jujur
dalam memberi perkhidmatan
dengan cekap dan berkesan
untuk kecemerlangan Pusat Sumber Sekolah.

Kami juga
akan menjalankan tugas
dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi
demi keselesaan murid-murid, guru-guru
dan warga SMK Dato Hamzah.




MERENTAS DESA MSSD KLANG


Pada 6 Februari 2013 yang lalu telah berlangsung Kejohanan Merentas Desa MSSD Klang 2013 di SK Sungai Serdang. SMK Dato Hamzah telah menghantar seramai 12 orang atlet dalam kejohanan tersebut. Keseluruhannya SMK Dato Hamzah telah menjadi Johan Individu Lelaki 15 Tahun, tempat ke 7 dan tempat ke 14 individu dan tempat ke 3 berpasukan Lelaki 15. Seramai 2 orang atlet mewakili Daerah Klang pada 23 Februari yang akan berlangsung di Sabak Bernam.

Pelajar yang menjadi Johan Lelaki 15 ialah Mohamad Fikri bin Mohamad Rafee dari Tingkatan 3 Kreatif. TAHNIAH.

En Mohamad bin Sulaiman
Setiausaha Sukan

4 February 2013

AKTIVITI KOKURIKULUM DAERAH KLANG

KEPUTUSAN RAGBI MSSD KLANG 2013

SMK DATO HAMZAH telah mendapat tempat ketiga.




KRIKET MSSD KLANG

SMK DATO HAMZAH mendapat naib johan dan pembaling terbaik daerah Klang.





MAJLIS PERLANTIKAN KETUA DAN PENOLONG KETUA TINGKATAN 2013

TARIKH : 4 FEBRUARI 2013 (ISNIN)
MASA : 7.25 PAGI
TEMPAT : DEWAN PERDANA SMK DATO HAMZAH

OBJEKTIF MAJLIS KETUA TINGKATAN (MKT):
1. Memupuk akan tanggungjawab dan kepimpinan.
2. Menyelaras tugas-tugas Ketua dan dan Ketua Tingkatan.
3. Membantu guru dalam pengurusan kelas.