15 May 2011


Happy Weekend
Happy Weekend Glitter Graphics and Comments

Glitter Graphics

SELAMAT HARI GURU

Bunga Sirih untuk Guru

Guru adalah Ibu pengasuh budiman
guru adalah ratu lebah
lalu memujuk membelai kelopak
cinta kasih sayang
lilinnya berbunga sinar cahaya
madunya berbunga penawar jiwa.

Guru adalah penyu pengasih
lalu menabur bunga telur
baktinya segar mewangi
sepanjang pantal zaman.

Guru adalah lampu penyuluh
pedoman kehidupan
guru adalah pendakwah
lalu mengikut jejak Nabi Muhammad
memimpin insan
ke jalan lurus ke padang luas.

Bunga sirih bunga pirtang
terima kasih terima savang
budi bicara guru berjasa
kami sanjung tinggi.

J.M. Aziz
Rumah Puisi
Seberang Takir
Kuala Terengganu

11 May 2011

UNTUK RENUNGAN BERSAMA

Dr Hamka pernah berkata, manusia ni terbahagi kepada 3 golongan. Yang pertama ialah manusia yang berilmu dan berharta, mereka ini adalah golongan mulia apabila menggunakan ilmu dan harta di jalan ALLAH. Kedua, manusia berilmu tapi tidak berharta, mereka ini adalah golongan yang rugi. Kenapa? Kerana berilmu tetapi akan menjadi hamba kepada orang yang berharta. Ketiga, manusia yang tidak berilmu dan tidak berharta. Mereka ini umpama binatang. Sungguh kasar ungkapan yang digunakan, tetapi itulah hakikatnya. Sama-sama kita muhasabah diri.
Menurut Al-Ghazali Ada 8 sebab yang menyebabkan kita susah dalam menuntut ilmu:

Hati yang kotor sukar untuk menerima ilmu
Makan makanan yang syubhah atau haram
Tidak memohon keredhan ibu bapa
Suka mendengar lagu-lagu yang melalaikan
Banyak tidur
Banyak makan
Banyak berkhayal; membuang masa dengan berangan-angan
Tidak menghormati guru, ilmu tidak akan berkat

Luqmanul Hakim berpesan kepada anak-anaknya, banyak tidur dan banyak makan akan mematikan keinginan untuk melakukan ibadah kerana jasad lebih terdorong untuk berehat sepanjang masa.

7 tips untuk kuatkan daya ingatan:

Solat 5 waktu di awal waktu dan di tambah dengan solat tahajud di tengah malam
Sentiasa dalam keadaan suci, berwudhuk supaya syaitan menjauh
Bertakwa kepada ALLAH swt sama ada di tempat terang atau sunyi (gelap)
Hormat guru supaya ilmu yang diberi berkat
Jauhi maksiat
Berbakti kepada ibu bapa
Banyakkan berdoa; doa senjata mukmin (surah Taha 20:114)

Untuk berjaya dalam meraih ilmu seluas lautan, ada 8 syarat yang perlu kita ikuti, insyaALLAH:
Pembimbing yang layak, iaitu guru yang sepatutnya
Bekal, takwa kepada ALLAH swt
Senjata, wudhuk
Lampu, zikrullah sentiasa
Pendekatan, Al-Quran dan As-sunnah
Cita-cita yang kuat membara
Persaudaraan kerana ALLAH, tiada hasad dengki
Jauhi perkara yang mengikut hawa nafsu semata-mata

Akhir kata, ilmu itu umpama binatang buruan, kita kena cari dan kejar sentiasa. Perkongsian bersama, peringatan buat insan yang lemah ini dan saudara-saudara yang membaca. Semoga bermanfaat.
Sumber: unknown

4 May 2011