30 April 2011

PERTANDINGAN TEATER SEKOLAH MENENGAH DAERAH KLANG

Tahniah kepada pasukan Teater sekolah kerana mengekalkan kedudukan naib johan selama tiga tahun berturut. Kepada Ahmad Husna Mohamad, tahniah kerana terpilih sebagai Pelakon Lelaki Terbaik. Kepada semua pelakon yang lain..Siti Rohanah, Siti Nurul Fathiah, Nur Zalhazmi, Thilainathan, Vincent Leong, krew-krew..Muhaimin, Zamri, Danial, Ali Fikri, Zul Amri, Najmi, Saiful Adzhar, Amirul, Fir Saufi dan juga kepada tenaga pengajar, Pn Nor Nalalita, Pn Siti Idayu, En Mohd Khairul Anwar, En Shuzaidi dan juga En Mohd Rodzi, kerana bersama-sama mengembleng tenaga demi untuk sekolah dan kejayaan pasukan sekolah.

28 April 2011

PUISI DAN LAGU DAERAH KLANG 2011

SMK DATO HAMZAH, JOHAN BUAT KALI KE-5 BERTURUT-TURUT...TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG TELAH TERLIBAT DALAM PASUKAN INI.




27 April 2011

PAMERAN BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 26 APRIL 2011



Japan - ' We With You'

Satu hari yang bermakna buat warga SMK Dato Hamzah kerana telah menunjukkan sikap empati, bantu-membantu dan keprihatinan terhadap isu globalisasi atau melibatkan masyarakat dunia. Nilai murni seperti empati, bantu-membantu serta prihatin yang diterapkan dalam jiwa pelajar, merupakan aspirasi dalam Falsafah Pendidikan Negara berkaitan kurikulum merentas masa. Pelajar bukan sekadar belajar namun perlu mengamalkan nilai murni dalam kehidupan seharian. Semoga kejadian tsunami di Jepun pada 11 Mac 2011 sebagai satu landasan kepada pelajar mendapat ikhtibar serta bersedia membantu masyarakat lain yang dalam kesusahan.

Sesungguhnya tiada kata seindah bahasa dapat dirakamkan penghargaan tahniah buat warga SMK Dato Hamzah atas keikhlasan menderma dan tahniah juga diucapkan kepada pasukan Pengakap sekolah kerana menjayakan kempen menderma yang bermula dari 4 hingga 18 April 2011. Sebenarnya aktiviti ini merupakan serampang dua mata kepada ahli Pengakap sebagai syarat mendapatkan Lencana Kebajikan.

Pihak sekolah juga merakamkan rasa berbesar hati kepada En Prabaker Rao (Senior Executive STAR Publications) kerana dapat menghaditi majlis penyampaian cek. Majlis ini diadakan sebagai tanda simbolik keprihatinan warga SMK Dato Hamzah yang sama-sama menjayakan kempen derma untuk mangsa tsunami di Jepun. Malah, usaha ini yang kita lakukan seiring dengan usaha kerajaan yang turut menghulurkan bantuan kewangan, teknikal dan kemanusiaan sebagai satu semangat kerjasama serantau atau antarabangsa.

Walaupun sumbangan pada hari ini tidak seberapa iaitu kutipan sebanyak RM600.00, namun, inilah tanda empati dan keprihatinan kita demi mangsa tsunami di Jepun. Kita juga berharap derma yang tidak seberapa ini dapat membantu sedikit sebanyak mangsa tsunami di Jepun untuk mengharungi kehidupan dengan tabah ketika menghadapi saat kesukaran ini supaya dapat meneruskan kehidupan dengan tenang.

Akhir bicara, semoga majlis ini menjadi tanda ingatan dan ikhtibar buat kita semua untuk sentiasa bersedia menghulurkan bantuan buat mereka yang dalam kesulitan atau kesukaran hidup apabila menghadapi bencana.

GO GREEN - SMK DATO HAMZAH 24 APRIL 2011




20 April 2011

MUTIARA KATA

KEJAYAAN BUKAN DATANG SEKALI . KEJAYAAN ITU
MERINTIS KEJAYAAN . BILA SUDAH MENCAPAI KEJAYAAN
DI SATU TAHAP , MAKA KITA HARUSLAH TERUSKAN LAGI
USAHA UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN YANG LEBIH TINGGI.
BERUSAHALAH HINGGA SAMPAI SAATNYA AJAL KITA .

18 April 2011

MENGHADAPI TEKANAN DI TEMPAT KERJA


Kenali Gejalanya
  • Cepat marah
  • Mudah menangis
  • Sentiasa letih
  • Hilang rasa lucu
  • Kemarahan yang ditahan2
  • Pening kepala
  • Loya
  • Kekejangan otot
  • Selalu pedih ulu hati
  • Sukar menumpukan perhatian
  • Insomnia

Punca
  • Kesusahan dengan klien
  • Terpaksa bekerja hingga lewat
  • Kerap diganggu org lain
  • Terlalu banyak kerja pd suatu masa
  • Gangguan telefon
  • Terlalu banyak mesyuarat
  • Kesusahan dengan rakan sekerja
  • Pasangan tidak memberi sokongan terhadap kerja
  • Membuat kesilapan
  • Tidak boleh menolak tugasan
Langkah Mengatasi

  1. Mengurus masa-buang pemikiran buat esoklah saja.
  2. Menyelesaikan tugasan sendiri sebelum membantu menyelesaikan tugasan org lain.
  3. Mempunyai diari utk mencatat temujanji dan dokumen2 yg perlu dihantar
  4. Belajar mengaku anda tidak tahu dan saya tidak faham.
  5. Menerima perubahan dalam organisasi atau bidang pekerjaan
  6. Bertanggungjawab terhadap kerja
  7. Berehat- berbual 5 minit, berjalan-jalan ke tempat rakan

Kesilapan Biasa Yang Menyebabkan Punca Tekanan
  1. Anda fikir anda boleh melakukannya tanpa bantuan orang lain
  2. Anda tidak pernah menolak
  3. Anda tunduk kepada budaya lebih masa di tempat kerja
  4. Anda melepaskan geram dengan orang lain